Wednesday 28 March 2012

UNtuk awak NURKHAIRUNiSA

Di waktu ini awak mencintai orang lain dan saya masih mampu tersenyum,sambil berkata "aku turut bahagia untukmu" kerana "Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita". Namun , tidak pernah sesekali saya mengucapkan selamat tinggal pada diri awak kerana saya masih mahu mencuba untuk dapatkan Cinta yang dulu yang pernah menjadi milik kita berdua dan saya tidak akan sesekali menyerah kerana saya masih sanggup untuk menanggung segala keperitan dan merentasi segala rintangan demi mendapatkan Cinta awak kembali dan saya tidak akan sesekali mengatakan saya tidak mencintai awak lagi kerana saya tetap tidak dapat melupakan diri awak
Sayangku sungguh pedihnya hati ini, Bila ku mengenang dirimu Membuat diri aku terguris pilu, Bagai ditusuk sembilu pilu
Kekasih engkau yang satu,Sumber ilhamku waktu dahulu.. Dirimu amat kuperlu untuk mengisi kamar hatiku
Masihkah kau berjauh diri dari sisi diriku ini.. Kau pergi bukan kubenci,Kau yang tak mengerti
Membuat kucari-cari jalan manakah pun ku tak pasti
DIRIMU TETAPKU NANTI ANDAI KAU KEMBALI!!!!




  NISAA..saya rindu awak..saya tetap sayang awak..




awak..saya tetap sayangkan awak seperti dulu..biarpom saya tahu awak sdah ad pngganti diri saya,saya tetap akan tunggu awak.saya nk penuhi janji kita y terpatri dulu untuk bersama hingga ke akhir sya..biarpom harus saya tunggu hingga ke penghujung nafas hidup saya..NurKhairunisa

Sunday 25 December 2011

BILA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN….



  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki  yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 
  2. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...
  3. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. 
  4. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.
  5. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja 
  6. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.
  7. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.
  8. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. 
  9. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. 
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. 
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. 
  12. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek... 
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 
  14. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 
  15. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  16. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  17. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Saturday 24 December 2011

SUPERNOVA - Aku yang Akan Pergi (Lirik & Chord Gitar)

Jangan menakut-nakutkan sesama kita



Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.

(Hadith riwayat Abu Daud)
=========
Bergurau juga ada batasannya, jangan sampai teman-teman kita jadi trauma.

Renungan-Jika tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.-

by Zack Zainal on Saturday, 2 January 2010 at 03:48
 
 
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat
seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian &
perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis.
Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin
berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan
daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari
betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada
perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin
sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis.Walaupun kedua-keduanya
masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan
perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin
bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan
jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di
bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian
tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali
kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku
membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke
medan perang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar
tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi
seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka
ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat
sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya
memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi
dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si
jejaka dan tersenyum.
Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku
tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si
gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu memang seorang jejaka yg baik.Kamu
sanggup menerima ku yg x sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan
aku gadis yg kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini
kepadaku sebentar tadi.
Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran
dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang
tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini?
Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji
nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia
menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia
harus berfikir seperti dia...
"NaFsU mEniLai WaNitA kErNa KeCaNtIkAn PaRaS RuPaNyE...
AkaL MeNiLai WaNitA KerNa keCeRdiKaN & kEpaNdaIaNnYe..
hAtI MeNiLaI WaNitA kErNa iMaN & aMaLnYe

10 Strategi “Sure Gagal” Mendapat Balik Cinta –rategi “Sure Gagal” Mendapat Balik Cinta Tapi 100% Sering diGunakan

1. Pertama adalah berjanji (reassurance). “I dah berubah, tak ‘control’ lagi macam dulu. Tak sanggup nak ada skandal lagi. Percayalah”, dan sebagainya. Tujuannya untuk menagih simpati dan kepercayaan (yang memang dah goyah). Sure gagal!

2. Strategi kedua adalah mengucapkan “I cinta pada u (insert: nada anda sendiri)” dengan terus menerus. Sure gagal!

3. Strategi ketiga adalah berharap (berlainan dengan berdoa, ingat : doa + usaha yang betul = hasil). Inilah yang dikatakan wishful thinking. Kalau nak memancing, carilah tempat yang ada ikan. Ikan tidak akan muncul jika anda memancing di kolam hiasan yang tiada ikan tidak kira harapan anda setinggi gunung pun. Sure gagal!

4. Strategi keempat adalah menggunakan pertengkaran (perdebatan?), reasoning dan seumpamanya. Tujuannya untuk mengubah perasaan dan perbuatan pasangan. Sure gagal!

5. Strategi keempat sering kita lihat dalam drama atau di kolej/tempat kerja. Merekrut penyokong untuk menyebelahi kita. Sampai meluah di page facebook mak bapak pasangan pun ada. Sure gagal!

6. Strategi kelima adalah menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , “Akulah insan paling malang di dunia“. Ingat nak mendapat simpati, tapi menjauhkan si dia lagi adalah. Sure gagal!

7. Strategi ketujuh adalah menggunakan senjata semulajadi iaitu anak-anak. Ini sama seperti strategi no. 5, umpama boomerang yang akan menghantuk kepala sendiri. Sure gagal!

8. Strategi kelapan adalah melakukan perkara yang biasa kita lakukan : menyalahkan orang
(blaming). Seorang pakar psikologi pernah berkata, “ Intipati untuk ketidakpuasan hati boleh disimpulkan oleh satu ayat : menyalahkan orang lain“. Sure gagal!

9. Strategi kesembilan : Pessimism. Kita sering cenderung menjadi pessimist, “Aku takkan berjaya. Kau tak kenal isteri aku, dia jenis yang degil. Dia takkan mengubah keputusannya“. Takkan berubah?? . Dulu dia cakap nak sayang kau selamanya tapi sekarang nak berpindah ke rumah lain pulak. Dia memang telah mengubah keputusannya. Sure gagal!

10. Exaggeration atau melakukan sesuatu dengan terlampau lebih atau terlampau kurang dari keadaan asal. Boleh dikaitkan dengan strategi menyalahkan orang lain juga. Memang dia sahaja yang paling malang di dunia ini. Ramai lagi pembaca Seni Selamatkan Cinta mengalami situasi yang lebih sukar.