perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat
seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian &
perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis.
Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin
berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan
daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari
betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada
perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin
sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis.Walaupun kedua-keduanya
masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan
perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin
bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan
jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di
bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian
tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali
kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku
membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke
medan perang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar
tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi
seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka
ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat
sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya
memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi
dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si
jejaka dan tersenyum.
Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku
tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si
gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu memang seorang jejaka yg baik.Kamu
sanggup menerima ku yg x sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan
aku gadis yg kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini
kepadaku sebentar tadi.
Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran
dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang
tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini?
Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji
nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia
menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia
harus berfikir seperti dia...
"NaFsU mEniLai WaNitA kErNa KeCaNtIkAn PaRaS RuPaNyE...
AkaL MeNiLai WaNitA KerNa keCeRdiKaN & kEpaNdaIaNnYe..
hAtI MeNiLaI WaNitA kErNa iMaN & aMaLnYe

No comments:
Post a Comment